Pages

Saturday, July 21, 2012

happy fasting

alhamdulillah. lafaz syukur padaMu kerana memberi aku peluang untuk menunaikan ibadah puasa ramadhan yang mulia pada tahun ini. selesai sudah terawih pertama hari ini. saat di masjid, banyak perkara yang ligat bermain diminda. za masih teringat arwah moyangku yang sangat menantikan kedatangan ramadhan. tapi, tahun ini arwah tidak berpeluang lagi. semoga arwah sentiasa aman dan roh dicucuri rahmat.

pada malam ini juga, za melihatkan sebuah masjid yang besar di tempatku ini penuh dengan jemaah. adakah ini untuk awal ramadhan saja? hm. harap bukan begitu lah. dan za amat tertarik melihat gelagat kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan yang turut menunaikan solat terawih. rasa macam tenang je melihat mereka. mereka faham ke kenapa kena solat terawih ni semua? mungkin ini adalah cara parents mereka mendidik. saat itu za merasakan yang za juga ingin membawa bakal anak-anakku menjalankan kewajipan bersama sang suami suatu hari nanti. biarlah kita mendidik anak-anak dari kecil lagi agar menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. tak gitu?? hee

semoga segala urusan dipermudahkan. salam ramadhan buat muslimin dan muslimat. maafku pinta andai kita pernah berselisihan faham.pada mereka yang terguris hati dengan sikap za, za mohon ampun ye. hopes this ramadhan will bring us 1001 sinar baru.

p/s : bulan ramadhan adalah bulan yang mulia. tolong jangan cemari dengan pergaulan yang tidak terbatas tu.

No comments:

Post a Comment