Pages

Monday, April 16, 2012

ketika bosan melanda

assalamualaikum.

hmm. harini za rasa sangat bosan. tak pernah pun rasa bosan sebosan harini, i dont know why. masuk bilik, keluar bilik, masuk bilik, keluar bilik. makan, tengok tv, makan, tengok tv. itu jelah yang za buat harini. bangun tidur je sakit kepala. kenapa ni? migrain ke? hm. masuk bilik jap tengok angah online. lepas tu dia bukak almari za. time tu, hati za terdetik untuk mengONkan handphone sony za yang dah lama terbengkalai. ye, dah lama za tinggalkan awak kan sony. (: ini disebabkan awak buat perangai dengan zalah. thats why za tukar BB. tapi za tak jual awak pun kan. sebab awak teman ketika za suka dan duka. berat dan sayu rasa hati ini nak ON hp tu. tapi disebabkan boring takde buat apa, za gagahkan juga untuk On kan hp tu. za belek satu per satu kandungan dalam hp tu. daripada gambar hinggalah kepada lagu. yes. senarai lagu yang ada dlm hp tu. mata za tertancap pada nama arwah rahimi. lantas, za ON blutooth BB then transfer 3 lagu arwah. sayu rasa hati ni. akhirnya za tewas. setitik demi setitik air mata jatuh ke pipi. sis rindu kidz!! mahu saja za menjerit tapi untuk apa? ini ke yang za cari pada hari ini? adakah ini yang za ingin kan? air mata yang menemani za pada petang ini saat za kebosanan. jari za terus mencari lirik-lirik lagu yang ada dalam hp sony. dan jari za terhenti lagi untuk buat kali kedua. lirik lagu menanti sebuah jawapan yang dinyanyikan oleh padi. lama za memerhatikan lirik tu. teringat kata-kata arwah.

arwah : sis, tolong carikan lirik menanti sebuah jawapan.
saya : orite. tapi lambat sikit lah ye sebab nak buat assignment dulu. hee. nak main gitar la tu. tapi kenapa lagu tu? macam ada pape je. hehe.
arwah : sis dengar la lagu tu. hayati lirik dia. lagu tu untuk sis (:
saya : ohhh. okee. #$%^&. so nak tau la ni jawapan dari sis?

arwah : kalau boleh :D

saya : erm. nantilah. tak ready lagi nak bg jawapan. haha.
arwah : oke. (:

za tak ingat langsung yang za dh carikan lirik tu. tak ingat pun yang dah bagi kat arwah ke belum. selepas beberapa hari arwah pergi, baru terdetik untuk belek-belek sony. selalunya, za memandang sony dengan wajah yang kosong. dah takde yang special kat sony tu. selalunya penuh dengan mesej arwah. finally, za jumpa lirik tu. tapi, semuanya dah terlambat. za redha dengan pemergiannya. oleh itu, za pun membeli BB. berharap ia akan mendatangkan sinar yang baru buat diri za untuk Encik Bakal saya. tapi bukan bermaksud untuk melupakan arwah. cuma untuk memberi ruang kegembiraan dalam kehidupan za. zaya sentiasa doakan kesejahteraan arwah di sana. AL-FATIHAH.

No comments:

Post a Comment